We are operating as usual throughout MCO!
RM25.00
How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk — Edisi Bahasa Melayu
Price RM25.00
Product SKU 9789674114121
Brand PTS
Availability In Stock
Shipping Fee
Quantity
Description
Highlight

Menerusi buku How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk Edisi Bahasa Melayu ini, ibu bapa akan lebih memahami kaedah yang betul tentang cara mendidik dan mendisiplinkan anak

Memiliki anak-anak yang comel memang satu anugerah. Namun mendidik mereka bukan calang-calang cabarannya. Tambahan pula apabila anak-anak sudah mula petah bercakap dan sudah bijak berfikir. Sekiranya ibu bapa tersalah langkah dalam mendidik anak-anak, pendekatan negatif seperti menghukum, memukul, menengking, dan sebagainya akan dianggap sebagai pendekatan yang efektif.

Menerusi buku How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk Edisi Bahasa Melayu ini, ibu bapa akan lebih memahami kaedah yang betul tentang cara mendidik dan mendisiplinkan anak seperti :

Membantu Anak Mengendalikan Perasaan Mereka
Mewujudkan Kerjasama
Alternatif Selain Hukuman
Galakan Berdikari
Pujian
Bebaskan Anak Daripada Memainkan Peranan
Menggabungkan Semuanya Bersama

Anak-anak ibarat kain putih, sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab mencorakkan kehidupan mereka, ambil masa dan sentiasa berikan usaha terbaik dalam mendidik supaya mereka tidak membesar dengan sia-sia.

ISI KANDUNGAN

Pengenalan
Bab 1: Membantu Anak Mengendalikan Perasaan Mereka
Bab 2: Mewujudkan Kerjasama
Bab 3: Alternatif Selain Hukuman
Bab 4: Galakan Berdikari
Bab 5: Pujian
Bab 6: Bebaskan Anak Daripada Memainkan Peranan
Bab 7: Menggabungkan Semuanya Bersama

Review

Buku How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk adalah karya terjemahan dari Scribner yang berpusat di New York. Buku ini ditulis oleh Adele Faber & Alaine Mazlish dan diterjemah ke dalam bahasa Melayu oleh Nora Herni Abd. Rahim

Ramai yang tertanya-tanya kenapa buku ini menjadi begitu laris? Jawapannya adalah kerana kandungan buku ini berbeza dengan kandungan buku-buku lain yang ada di pasaran buku Malaysia yang mengetengahkan aspek parenting.

Kebanyakan buku tentang parenting selalu bercakap mengenai hukuman bukan mengenai cara berkomunikasi dan berinteraksi.

Berbeza dengan How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk. Buku ini memberitahu kepada semua ibu bapa, mereka perlu berbeza di rumah.