We are operating as usual throughout MCO!
RM79.99
Muhammad Rasul Terakhir by Dr. Rohaily Al-Jawhary
Price RM79.99
Brand Must Read
Availability In Stock
Shipping Fee
Quantity
Description
Highlight

CETAKAN KEDUA:
- 2 Pull-out Poster Bonus!

CETAKAN KEDUA:
- 2 Pull-out Poster Bonus!

BONUS! PULL OUT POSTER & AUDIO

Pull Out Poster Peristiwa Penting dalam Kehidupan Rasulullah SAW dan audio penceritaan mengikut fasa hidup Rasulullah SAW. Dengarkan audio peristiwa penting dalam kehidupan Rasulullah SAW dengan lantunan suara merdu Ustaz Azwan (Far East)

KULIT KERAS

Buku ini adalah buku premium yang didatangkan dengan kulit keras yang sesuai dijadikan koleksi dan hadiah untuk yang tersayang.

MAKLUMAT MENARIK DAN 'RARE'

Buku ini dipenuhi dengan maklumat-maklumat menarik dan jarang ada dalam mana-mana buku sejarah Nabi Muhammad SAW. Ia dipersembah dalam bentuk infografik bagi memudahkan pemahaman pembaca.

POSTER PERCUMA

Buku ini juga dilengkapi dengan poster yang meringkaskan perjalanan fasa kenabian Nabi Muhammad SAW bermula di Mekah dan di Madinah.

ILUSTRASI MENARIK

Terdapat banyak ilustrasi yang menggambarkan peristiwa-peristiwa yang diceritakan dalam buku ini.

SINOPSIS

BUKU PREMIUM: MUHAMMAD SAW RASUL TERAKHIR
Sebuah Naskhah yang akan membawa pembaca ke zaman yang bermula sebelum kelahiran Baginda Rasulullah SAW. Sebelum kelahiran Rasulullah SAW, masyarakat dunia menganuti pelbagai agama sebagai pegangan hidup mereka. Agama-agama seperti Nasrani, Yahudi, Majusi, Wathani, Al-Sabiah dan lain-lain telah menjadi pegangan kehidupan masyarakat dunia. Namun agama tauhid yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s iaitu agama Hanafiah masih diamalkan sebahagian bangsa Arab. Sejarah mencatatkan jarak kewafatan Nabi Ibrahin a.s dengan kelahiran Rasul terakhir ialah 20 kurun.

Seterusnya, pembaca akan dibawa pada sat kelahiran Baginda Rasulullah SAW, zaman kanak-kanak, remaja, dewasa hingga Baginda diangkat sebagai Rasul utusan terakhir.

Seorang yang dipandang tinggi dalam kalangan kaumnya. Baginda terkenal dengan akhlak-akhlak terpuji, pekerti-pekerti mulia dan sifat-sifat yang disenangi. Baginda sentiasa memuliakan jiran, mengasihi anak yatim dan fakir miskin, tinggi kesabaran, benar percakapan, lemah lembut pergaulan, pemurah, menjaga maruah diri, menepati janji, amanah dan sangat bertanggungjawab hingga mereka menggelar Baginda sebagai 'al-Amin'.

Detik-detik awal 13 tahun menyampaikan risalah Islam di kota Mekah, mengenali sahabat-sahabat yang membenarkan setiap kata-kata Baginda walu dicerca dan diseksa. Penerimaan masyarakat Mekah terhadap Baginda ketika itu berubah daripada yang dipercayai kepada pendusta.

Menyampaikan amanah sebagai RAsul terakhir diteruskan dengan berhijrah ke kota Madinah, 10 tahun Baginda menegakkan kalimah Allah di bumi itu. Setiap detik diceritakan dengan lebih terperinci agar menjadi tatapan umat yang ingin mengenali dan mencintai Baginda.