We are operating as usual throughout MCO!
RM50.00
Nota Hartanah Sentap — Harith Faisal (Hardcover)
Price RM50.00
Product SKU 9789830979311
Brand Galeri Ilmu
Availability In Stock
Shipping Fee
Quantity
Description

SINOPSIS

Orang sekarang pelik-pelik. Bila ditanya, "Kenapa kau tak beli rumah lagi?" Jawabnya, "Tak mampu bro. Mahal rumah sekarang ni." Tapi relaks dan selamba pakai kereta yang bayarannya RM1,000 sebulan.

Sebenarnya, faktor utama sukar memiliki rumah pertama adalah kegagalan urus kewangan dengan baik, tidak meletakkan pemilikan rumah sebagai prioriti dan sikap tunggu dan lihat yang menebal.

Ada golongan yang menanti harga rumah turun, barulah nak membeli. Tapi, tiada persediaan awal, tidak pernah mula buat simpanan, tidak rajin mencari ilmu kewangan dan hartanah.

Golongan ini, jika harga rumah turun pun tidak akan mampu membeli kerana dia langsung tidak bersedia serba-serbi. Perkara pertama yang dia perlu ada adalah kesedaran. Kemudian, ilmu.

Maka, buku ini ditulis untuk anak muda yang sedang mencari jalan mendapatkan rumah pertama, hala tuju kewangan dan kehidupan yang lebih baik. Semoga kandungan buku ini menjadi inspirasi kepada kita semua untuk cepat-cepat mula mengurus kewangan pada waktu muda dan beli rumah pertama di awal usia.

*****

Tajuk : Nota Hartanah Sentap
ISBN : 9789830979311
Penerbit : Galeri Ilmu
Penulis : Harith Faisal
Muka Surat : 220
Halaman : Berwarna
Berat (Kg): 0.404
Tahun Terbit : 2021
Format : Hardcover
Dimensi (Cm) : 22.3 x 14.7 x 1.6