We are operating as usual throughout MCO!
RM12.00 - RM60.00
Siri Fail Juvana (Novel Remaja) Berdasarkan Kisah Benar (BLINK Books)
Price RM12.00 - RM60.00
Brand Blink Books
Availability In Stock
Shipping Fee
Siri
Quantity
Description
Highlight

Siri novel remaja yang di inspirasikan dari kisah benar

Mangsa Cinta

Nadrah gembira dapat bercuti ke Thailand. Namun segalanya bertukar tragedi sekelip mata… pelajar 13 tahun itu terpisah daripada kakak dan abang iparnya. Itulah permulaan yang membawanya ke ‘neraka dunia’!

Gadis malang itu diculik dan dikerah menjadi peminta sedekah. Dirinya tidak kenal sesiapa, tempat tinggal pun beralaskan kotak semata-mata. Tiada ibu tercinta, jauh sudah dengan ayah untuk mengadu-domba. Meratap nasib sengsara, hanya berserah kepada yang Maha Esa.

Baru sahaja cuba lari, salah satu tangannya dikerat tanpa simpati. Malah dia dipaksa mengedar dadah!

Aku Berdosa

Apa khabar, Nek Mak? Saya doakan nenda tersayang sentiasa sihat.

Sebenarnya sejak kali pertama kita terpisah, fikiran sentiasa bercelaru. Tidak tahu mana yang benar, mana yang sebaliknya. Akibat terlalu mengikut perasaan, akhirnya saya terjerumus ke kancah durjana.

Kini tiada sesiapa percayakan saya, Nek Mak. Sedihnya rasa diri ini… berdosanya saya terlibat dalam jenayah membunuh yang menjerat diri!

Tahfiz Terbakar

Andai dapat diundur masa, aku tidak akan berhenti sekolah, terjebak dengan najis dadah dan membunuh manusia. Namaku Fareeq… sepatutnya menduduki peperiksaan UPSR.

Namun, aku lebih suka hidup bebas seperti abang. Tidak perlu ke sekolah dan tidak terkongkong. Biarpun pada mata semua, kami umpama sampah. Sepatutnya aku hargai jasa emak dan ayah, berbuat baik kepada sesiapa sahaja…

Suatu hari, timbul perselisihan aku dengan pelajar tahfiz… yang kurasakan berlagak. Macam mereka sahaja yang layak masuk syurga. Api kebencian dan dendam akhirnya menjadi api yang membakar hangus keseluruhan tempat tidur mereka… malah turut mengorbankan banyak nyawa.