We are operating as usual throughout MCO!
Teme Abdullah
Teme Abdullah
Teme Abdullah

Siapa Teme Abdullah?

Teme mula muncul di internet sekitar tahun 2008 sebagai seorang penulis blog bertemakan komik dan doodle. Satu hobi yang dilakukan olehnya sebagai pelajar sekolah menengah.

Dilahirkan di Selangor, membesar di Selangor, dan menamatkan pengajian menengah di sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) yang juga di Selangor. Usai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Teme menyambung pengajian tinggi Ijazah Sarjana Muda Seni Bina di United Kingdom. Tamat pengajian ijazah, Teme bekerja di sebuah firma seni bina di London.

Teme menggunakan nama samaran yang diberikan oleh rakan-rakannya ketika di peringkat pengajian menengah sebagai nama penanya sehingga ke hari ini. Nama Abdullah pula ditambah sendiri oleh penulis di belakang nama Teme sejak pertama kali menulis buku pada tahun 2016. Cara sebutan Teme adalah sama dengan cara sebutan perkataan 'teman' dalam loghat Kelantan. 'Teman' pula boleh digunakan sebagai kata ganti nama diri pertama yang membawa maksud 'saya'. Jadi, secara ringkasnya, gabungan Teme & Abdullah membawa maksud 'saya hanyalah hamba Allah'.

Sort by
Show result

Dapat biasiswa ke luar negara
Terkandas di A-Level
Sambung belajar di UK dengan biaya sendiri
Kerja di fast food restaurant untuk survive
Bank account balance = $0

RM24.99

A real story that opened up my mind to see my life from different perspectives. Totally inspired by this book. Can not stop reading this. Teme never disappointed the readers.

- Raudhah (Goodreads)

RM29.99

"Aku faham perasaan yang kau cerita kat aku mula - mula tadi...
Rasa macam seakan - akan dilahirkan bodoh daripada orang lain.

RM32.99

Kisah seorang artis terkenal. Hidup pada zaman manusia terpaksa mengumpul 'kredit' yang cukup sebagai bukti bahawa mereka berhak untuk kekal hidup di muka bumi. Mereka yang gagal mencapai tahap kredit minima, akan ditarik nyawa.

RM29.99

Jika senjata itu jatuh ke tangan yang baik, akan digunakan senjata itu untuk menyerang yang jahat.

Namun, jika ia jatuh ke tangan yang jahat, akan digunakan senjata itu untuk memusnahkan yang baik.

RM29.99